Lawatan Ke Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur

Lawatan Ke Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur

28 Julai 2025 (Isnin) - Dalam usaha menjejaki sejarah penubuhan dan perjuangan awal RIDA yang menjadi asas penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bahagian Arkib UiTM mengunjungi Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur pagi tadi diketuai Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti.
 
Hasrat lawatan ini bukan sekadar menyusuri lembaran sejarah, tetapi turut membuka ruang kerjasama strategik dalam pembudayaan ilmu komuniti dan warisan institusi antara dua organisasi yang sarat dengan nilai perjuangan pendidikan rakyat.
 
Kami berpeluang melihat gambar-gambar bersejarah Taman Asohan RIDA di mana segala-galanya bermula di sini yang menjadi saksi kepada kelahiran institusi pendidikan ini.
 
Semoga sinergi dua Institusi ini akan memperkukuh amalan pengurusan rekod, pemeliharaan warisan organisasi serta inisiatif pembudayaan sejarah dan identiti institusi di kalangan warga Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur dan UiTM.
 
 
 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my