Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penyelarasan Repositori Dokumen Universiti (JpRDU)

Shah Alam, 7 April 2026 – Usaha memperkukuh penyelarasan repositori digital dan fizikal universiti terus dipergiat melalui pengembangan polisi serta garis panduan yang lebih jelas dan komprehensif menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Repositori Dokumen Universiti (JpRDU).

Inisiatif strategik ini bertujuan memastikan pengurusan dokumen universiti dilaksanakan secara lebih tersusun, sistematik dan bersepadu selaras dengan keperluan semasa pengurusan maklumat.

Seiring dengan itu, pembangunan platform repositori oleh Jabatan Perpustakaan turut giat diusahakan bagi menyokong penyimpanan dan capaian dokumen secara lebih efisien. Strategi untuk meningkatkan penggunaan repositori dokumen universiti dalam kalangan warga juga akan dipergiatkan melalui pelbagai pendekatan kesedaran dan latihan.

Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penyelarasan Repositori Dokumen Universiti (JpRDU) yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh barisan Pengarah Jabatan Utama universiti dan berlangsung pada 7 April 2026.

Dalam masa yang sama, aspek pematuhan dan standardisasi turut diberi penekanan bagi memastikan kualiti serta keseragaman dalam pengurusan dokumen universiti sentiasa terpelihara. Usaha memperluas kerjasama strategik dan jaringan juga akan diteruskan bagi menyokong perkongsian sumber secara lebih efektif.

#uitm
#uitmdihatiku
#RecordsManagement
#arkib

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my