MSOSH Safety Excellence Premier Award 2025

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA menerusi penyertaan Bahagian Arkib Universiti diumumkan sebagai penerima Safety Excellence Premier Award dalam Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH Ke-43 Tahun 2025 bagi kategori MSOSH-IKS, Awam & Swasta.
 
Penganugerahan berprestij ini berlangsung pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), sekali gus mengiktiraf kecemerlangan PTAR dan Bahagian Arkib Universiti dalam melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang cemerlang dan berterusan.
 
Kejayaan ini sekaligus mencipta sejarah dengan pengurusan Arkib pertama yang berjaya memperoleh pengiktirafan ini. Tahniah kepada semua warga Bahagian Arkib Universiti !
Artikel kejayaan ini juga diabadikan di Repositori Memori UiTM.
 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my