Bahagian Arkib Universiti membawakan pameran khas sempena Amanat Naib Canselor 2026 yang menampilkan aspirasi UiTM sebagai Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional.
Pameran kali ini membawakan pelbagai koleksi arkib berusia 70 tahun yang mengangkat tema Evolusi UiTM sejak tahun 1956, merakam perjalanan sejarah, legasi serta kecemerlangan UiTM dalam membentuk insan dan kepimpinan Bumiputera negara.
Pertama kali Bahagian Arkib Universiti bawakan 5 edisi kad pengenalan pelajar dari era RIDA, Maktab MARA, ITM hingga UiTM semasa Amanat Naib Canselor UiTM 2026.
Pelbagai gelagat, teruja melihat identiti rasmi ini. Tidak kurang juga yang lama merenung, mungkin teringat kenangan dulu-dulu.
Atas permintaan ramai alumni dan warga, kami akan bawa identiti ini untuk memberi peluang bergambar sebagai kenangan ke lokasi pameran seterusnya.
Yang pasti, kad pengenalan ini saksi sunyi sebuah perjuangan yang tak pernah sia-sia.








