Pembentangan ISAD(G) : General International Standard Archival Description oleh Pelajar Latihan Industri

12 Disember 2025, Jumaat – Satu sesi pembentangan bertajuk ISAD(G) : General International Standard Archival Description telah diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Seminar Bahagian Arkib Universiti (BARU), UiTM Shah Alam. Pembentangan ini telah disampaikan oleh pelajar latihan industri dengan penyertaan staf serta pegawai BARU.

Sesi pembentangan dimulakan dengan topik :-
•    Introduction dan Multilevel Description Rules oleh Nurrussafwah Binti Abdul Fatah, 
•    3.1 Identity Statement Area oleh Nur Farhanah Binti Rosli. 
•    3.2 Context Area & Its Purposes oleh Nur Aimi Nadia Binti Hamzah
•    3.3 Content and Structure Area oleh Nurul Izzati Binti Mohd Zaino. 
•    3.4 Conditions of Access and Use Area oleh Nur Nitisya Binti Halim.
•    3.5 Allied Materials Area oleh Nur Ismahani Binti Ahmad Nadzri
•    3.6 Notes Area oleh Nur Aisyah Yumni Binti Aznan 
•    3.7 Description Control Area oleh Farzana Binti Razak.

Pembentangan ini bukan sahaja memperincikan elemen-elemen utama ISAD(G), malah turut memberi pendedahan dan pemahaman kepada staf berkenaan pelaksanaan standard ISAD(G) ke dalam Sistem Pengurusan Arkib (AMS), selaras dengan amalan pengurusan arkib yang sistematik dan berpiawaian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pembentang serta staf dan pegawai BARU yang hadir dan memberikan sokongan bagi menjayakan sesi pembentangan ini.

 

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my