ALOR GAJAH, 7 September 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah melaksanakan pengambilan dokumen pelupusan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Dokumen yang terlibat telah mendapat kelulusan pelupusan daripada Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka. Walau bagaimanapun, pemohon asal bagi proses pelupusan tersebut iaitu Dr. Mohamad Hafifi bin Jamri telah berpindah ke Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sehubungan itu, Unit Arkib Cawangan Melaka telah membantu dalam proses pengambilan dan pemindahan dokumen pelupusan dari fakulti ke Unit Arkib bagi melaksanakan proses pemusnahan rekod menggunakan kaedah rincih mengikut tatacara pelupusan rekod yang telah ditetapkan.
Proses pemindahan dokumen ini telah dilaksanakan oleh staf Unit Arkib Cawangan Melaka dengan kerjasama dan bantuan daripada Profesor Madya Dr. Abdul Rauf bin Ridzuan, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan PTAR UiTM Cawangan Melaka dalam membantu pusat tanggungjawab melaksanakan proses pelupusan rekod secara teratur, sistematik dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar : PTAR UiTM Cawangan Melaka