Kursus Pengenalan Kepada Pengurusan Fail dan Rekod

6–7 Mei 2026 | Dewan ILD Perak

Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak, Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan Kursus Pengenalan Kepada Pengurusan Fail dan Rekod selama dua hari bertempat di Dewan ILD Perak bagi meningkatkan pengetahuan serta kefahaman peserta berkaitan pengurusan rekod dan fail jabatan secara sistematik dan berkesan.

Program ini menampilkan Cik Noor Syafika Binti Zulkifeli, Pegawai Eksekutif (Arkib), Bahagian Arkib Universiti sebagai penceramah utama yang berkongsi pelbagai aspek penting berkaitan pengurusan fail dan rekod mengikut prosedur serta amalan terbaik pengurusan rekod organisasi.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan kaedah pembukaan fail, klasifikasi rekod, penyimpanan dokumen, pengendalian rekod aktif dan tidak aktif serta tatacara pelupusan rekod yang teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Program ini turut dibantu oleh Puan Nor Hafizah Binti Ismail, Pembantu Arkib Kanan selaku fasilitator yang membantu melancarkan perjalanan kursus serta memberi bimbingan kepada peserta sepanjang sesi latihan dan praktikal dijalankan.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga universiti mengenai kepentingan pengurusan rekod yang cekap dalam memastikan maklumat organisasi sentiasa terpelihara, mudah dicapai dan selamat untuk rujukan pada masa hadapan.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my