Menutup tirai tahun ini, Jabatan Pembangunan telah melaksanakan penyerahan rasmi rekod penting pada 22 hingga 23 Disember 2025 yang melibatkan sebanyak 600 bahan, sebagai langkah strategik bagi memastikan pemeliharaan dan kesinambungan tadbir urus organisasi.
Rekod yang diserahkan merangkumi pelbagai dokumen utama berkaitan perancangan, pelaksanaan serta pencapaian projek pembangunan. Kesemua dokumen ini berperanan sebagai rujukan penting dalam proses pembuatan keputusan, pelaksanaan audit serta perancangan strategik pada masa hadapan.
Menurut kenyataan jabatan, penyerahan rekod secara rasmi ini bukan sahaja memperkukuh sistem pengurusan maklumat, malah mencerminkan komitmen organisasi terhadap nilai akauntabiliti dan integriti dalam tadbir urus rekod. Langkah ini turut memastikan maklumat bersejarah dan operasi organisasi dipelihara dengan baik sebagai khazanah institusi.
Inisiatif tersebut dilihat selari dengan usaha mempertingkat kecekapan pengurusan rekod serta menjamin kesinambungan pengetahuan organisasi untuk rujukan dan manfaat generasi akan datang.
#memoriuitm
#uitm
#digitalrecord
#recordsmanagement
#arkib



