Penyerahan Rekod Penting Universiti Koleksi Peribadi Profesor Madya Dr. Ho Wee Chee

Penyerahan rekod penting universiti daripada koleksi peribadi Profesor Madya Dr. Ho Wee Chee, Akademi Pengajian Bahasa, pada 3 Februari 2026 kepada Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti. Koleksi berharga ini mencerminkan sumbangan akademik serta perjalanan profesional beliau sepanjang perkhidmatan di UiTM.

Menjelang persaraan beliau pada tahun ini, penyerahan rekod tersebut bakal dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Setiap dokumen, bahan rujukan dan catatan peribadi yang disumbangkan menjadi saksi kepada dedikasi, ketekunan dan kecintaan beliau terhadap dunia akademik sepanjang berkhidmat di Unit Bahasa Mandarin, Akademi Pengajian Bahasa serta universiti tercinta.
#uitm #UiTMDiHatiku #ITM #UiTM7Dekad #archives

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my