ALOR GAJAH, 10 September 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah melaksanakan proses pemusnahan rekod secara jual bagi rekod yang telah selesai melalui proses pemusnahan menggunakan kaedah rincih.
Rekod yang telah siap dirincih telah dibawa oleh staf Unit Arkib Cawangan Melaka ke kilang kitar semula untuk tujuan jualan dan seterusnya dikitar semula. Kaedah ini merupakan antara langkah pelupusan yang dilaksanakan secara teratur bagi memastikan rekod yang telah mendapat kelulusan pelupusan dimusnahkan dengan sempurna.
Proses ini bukan sahaja memastikan rekod dilupuskan dengan selamat, malah turut menyokong amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar.
Bagi melengkapkan proses pemusnahan rekod, tindakan selanjutnya adalah menyediakan laporan bergambar sebelum, semasa dan selepas proses pemusnahan rekod untuk dikemukakan kepada Arkib Negara Malaysia. Laporan tersebut perlu disertakan bersama Borang Arkib 12/08 – Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam sebagai bukti bahawa proses pemusnahan telah dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang ditetapkan.
Pelaksanaan proses ini menunjukkan komitmen Unit Arkib Cawangan Melaka dalam memastikan pengurusan dan pelupusan rekod universiti dilaksanakan secara sistematik, selamat dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar : PTAR UiTM Cawangan Melaka