Proses Pemusnahan Rekod Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

ALOR GAJAH, 8 September 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah melaksanakan proses pemusnahan rekod Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Proses pemusnahan rekod ini dilaksanakan menggunakan kaedah rincih, selaras dengan tatacara dan kelulusan pelupusan rekod yang telah diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia.

Pemusnahan rekod perlu dilaksanakan dan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan bermula daripada tarikh surat kebenaran pelupusan yang dikeluarkan oleh pihak Arkib Negara Malaysia.

Pelaksanaan proses pemusnahan ini merupakan antara langkah penting dalam memastikan rekod yang telah mendapat kelulusan untuk dilupuskan diuruskan secara selamat, sistematik dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kaedah rincih juga membantu memastikan maklumat yang terkandung dalam rekod dilupuskan dengan sempurna bagi menjaga keselamatan dan kerahsiaan maklumat.

Unit Arkib Cawangan Melaka sentiasa komited dalam memberikan khidmat nasihat dan membantu pusat tanggungjawab UiTM Cawangan Melaka dalam melaksanakan pengurusan dan pelupusan rekod secara teratur serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar : PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my