Shah Alam, 14 September 2026 – Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Fail yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 14 hingga 15 September 2026 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Unit Kemajuan Kerjaya, Bangunan Wawasan.
Kursus yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta dalam pengurusan rekod dan fail secara sistematik, teratur dan berkesan selaras dengan keperluan pengurusan rekod di Universiti.
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Azniza Mohamad Nor, Ketua Seksyen, Seksyen Audit dan Inspektorat, selaku penceramah. Manakala Puan Nor Hafizah Binti Ismail dari Seksyen Rekod Elektronik, Bahagian Arkib Universiti (BARU) bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus berlangsung.
Penganjuran kursus ini merupakan salah satu usaha dalam memperkukuh kompetensi warga Universiti dalam aspek pengurusan rekod dan fail, di samping memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara teratur, sistematik dan selaras dengan tatacara serta keperluan yang telah ditetapkan.
Diharapkan kursus ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan rekod dan fail di PTj masing-masing.




