Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2026

Bahagian Arkib Universiti, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UiTM untuk menyertai Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2026 yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam.

Bertemakan “Archives For Justice”, sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai peranan arkib dalam memelihara memori institusi, menjamin ketelusan maklumat serta memastikan khazanah sejarah universiti terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
📚 Program Bual Bicara bersama Alumni dan pakar arkib
📝 Jom Betulkan – Sesi pemuliharaan rekod secara percuma dan berbayar
🏛️ Pameran 7 Dekad UiTM (Fizikal & Maya)
📦 Kempen Penyerahan Rekod Penting Universiti
💬 Kongsikan Dengan Kami – Maklum balas dan pandangan warga UiTM
🎓 Program Literasi Arkib secara dalam talian

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka sejarah, berkongsi memori dan menghargai khazanah yang membentuk identiti UiTM.

📅 Tarikh: 9–11 Jun 2026
📍 Lokasi: Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam

“Arkib Hari Ini, Warisan Masa Hadapan.”

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my