Sesi Kompetensi Latihan dan Konsultasi DDMS kepada Staf Baharu

Sesi Kompetensi Latihan dan Konsultasi DDMS kepada Staf Baharu PTAR pada 5 Disember 2025 bertempat di Pusat IT Perpustakaan Tun Abdul Razak jam 3.00 petang. 
Seramai 12 orang diberi bimbingan oleh pakar Cik Noor Syafika binti Zulkifeli dari Seksyen Rekod Elektronik, Bahagian Arkib Universiti bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan rekod dalam kalangan staf baharu. Latihan ini merangkumi tiga topik utama Pengurusan Rekod Universiti iaitu Klasifikasi Fail, Rekod Berpusat serta penggunaan sistem DDMS. 
Melalui sesi ini, staf baharu mendapat pendedahan praktikal yang dapat membantu mereka melaksanakan tugas pengurusan rekod dengan lebih teratur, cekap dan mematuhi standard yang ditetapkan.
#uitm #arkib #recordsmanagement #digitalrecord #DDMS

 

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my