Sesi Pengkisahan Sejarah Alumni Dewan Latehan RIDA Sempena Evolusi 7 Dekad UiTM

Sempena Sambutan Evolusi 7 Dekad (1956–2026): Dewan Latehan RIDA ke UiTM, Bahagian Arkib Universiti telah menganjurkan sesi pengkisahan sejarah bersama lapan orang alumni Dewan Latehan RIDA pada 21 Mei 2026 di Petaling Jaya.

Program ini diadakan sebagai usaha menghargai sumbangan dan pengalaman generasi terawal yang pernah menimba ilmu di Dewan Latehan RIDA, institusi yang menjadi asas kepada penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini. Sesi tersebut turut menjadi platform perkongsian nostalgia, pengalaman pembelajaran serta perkembangan institusi sepanjang tujuh dekad penubuhannya.

Lebih istimewa, para alumni turut dipertemukan semula dengan koleksi terawal dalam simpanan Arkib UiTM yang merangkumi pelbagai bahan dan rekod bersejarah berkaitan perjalanan awal Dewan Latehan RIDA. Koleksi tersebut menjadi khazanah institusi yang amat bernilai serta saksi kepada perkembangan sebuah institusi pendidikan yang telah membina masa depan bangsa selama 70 tahun.

Program pengkisahan sejarah ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara alumni dan universiti, malah menjadi medium penting dalam memelihara memori institusi agar terus dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

#uitm
#uitmdihatiku
#UiTM7Dekad
#alumni

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my