UiTM Perkukuh Pengurusan Rekod Digital Menerusi Sesi Perbincangan Bersama Arkib Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh sistem pengurusan rekod dan fail secara elektronik selaras dengan piawaian pengurusan rekod kerajaan serta pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0.

Bagi memastikan pelaksanaan tersebut berjalan lancar dan mematuhi garis panduan, satu sesi lawatan dan perbincangan telah diadakan di antara pihak UiTM dan Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik, Arkib Negara Malaysia (ANM) pada hari ini.

Delegasi UiTM ke sesi perbincangan ini diketuai oleh Puan Azniza Binti Mohamad Nor (Ketua Seksyen / Penolong Pendaftar Kanan), dan turut disertai oleh:

Cik Noor Syafika binti Zulkifeli – Ketua Seksyen / Pegawai Eksekutif (Arkib)

Puan Nor Hafizah Binti Ismail – Pembantu Arkib Kanan

Puan Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri – Pembantu Pustakawan Kanan

Encik Muhamad Shazwan Bin Mohamad Noor – Pembantu Arkib

Sesi perbincangan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan kepakaran, khidmat nasihat, serta penjelasan lanjut daripada pihak ANM mengenai pelbagai aspek penting pengurusan rekod elektronik di UiTM

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my