Sesi Perbincangan Bersama Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO

Pada 9 Januari 2026 (Jumaat), satu sesi pengesahan pelupusan dokumen rahsia rasmi UiTM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA). Sesi ini melibatkan pelupusan dokumen rahsia rasmi universiti iaitu kertas soalan peperiksaan, yang telah dikenal pasti dan dikendalikan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan. Wakil Unit Pengurusan Rekod, Puan Azura Mohamad Hashim dan Puan Norhafizah Ismail, telah mengikuti proses pengesahan tersebut bersama wakil daripada Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) serta Pendaftar Kecil Rahsia BPPA.

Sesi pengesahan ini dilaksanakan bagi memastikan semua Dokumen Rahsia Rasmi yang dicadangkan untuk pelupusan telah melalui proses pengelasan semula kepada Terbuka sebelum dimusnahkan, selaras dengan keperluan keselamatan dan tadbir urus rekod. Proses ini merupakan langkah kawalan penting bagi menjamin keselamatan maklumat serta pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa.

Pengurusan dan pelupusan Dokumen Rahsia Rasmi universiti hendaklah dilaksanakan mengikut ketetapan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017), Akta Rahsia Rasmi 1972, serta Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Rahsia Rasmi Dalam Perkhidmatan Awam (Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 2024). Pelaksanaan sesi ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memastikan pengurusan rekod rahsia rasmi dilaksanakan secara sistematik, selamat dan mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my