Bahagian Arkib Universiti telah menganjurkan Siri 1 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM pada 22 Januari 2026 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi dengan tajuk “Pengajaran Secara Kolaboratif Pemuliharaan Bahan”. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dalam aspek pemuliharaan bahan arkib secara sistematik dan berkesan.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Nurul Amin Norudin, Pembantu Pustakawan Kanan (Pemuliharaan) dan Encik Mohd Azmi Samsuri, Pembantu Pustakawan Kanan,dari Unit Arkib Cawangan Johor yang berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pemuliharaan bahan melalui pendekatan kolaboratif. Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Bahagian Arkib Universiti, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTM, serta rakan-rakan Unit Arkib Cawangan dari seluruh UiTM.
Semoga siri ini dapat diteruskan sebagai platform perkongsian ilmu dalam memperkukuh pengurusan rekod, arkib dan galeri universiti.



