ALOR GAJAH, 07 Julai 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Taklimat Online Finding Archive (OFA) secara dalam talian bersama Unit Arkib Cawangan Pahang sebagai inisiatif perkongsian ilmu dan pemerkasaan perkhidmatan arkib universiti.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka, dan dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada staf Unit Arkib Cawangan Pahang, Unit Arkib Cawangan Melaka serta pelajar latihan industri di Unit Arkib Cawangan Pahang.
Sesi dimulakan dengan penerangan mengenai perkhidmatan Unit Arkib, khususnya berkaitan perkhidmatan pinjaman dan rujukan bahan arkib yang disediakan kepada warga UiTM dan penyelidik.
Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada Online Finding Archive (OFA), iaitu sistem carian bahan arkib yang memudahkan pengguna mengenal pasti koleksi arkib yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Bagi memastikan peserta lebih memahami penggunaan sistem, sesi diteruskan dengan latihan hands-on berkaitan tatacara membuat permohonan dan tempahan bahan arkib melalui sistem OFA.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian idea dan amalan terbaik mengenai strategi mempromosikan koleksi serta perkhidmatan arkib kepada warga UiTM dan penyelidik luar agar khazanah dokumentasi universiti dapat dimanfaatkan secara lebih meluas.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memperkukuh kerjasama antara Unit Arkib Cawangan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan arkib kepada seluruh warga universiti.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Kursus: PTAR UiTM Cawangan Melaka