Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam Bil. 1/2026 berlangsung pada pada 9 Julai 2026 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dipengerusikan Ketua-Pustakawan-UiTM dan dihadiri Pegawai Pengurusan & Profesional Perpustakaan Universiti Awam seluruh Malaysia.
Mesyuarat ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara institusi, menyelaras hala tuju pengurusan arkib universiti awam serta membincangkan inisiatif baharu ke arah pemerkasaan tadbir urus rekod dan pemeliharaan memori institusi di peringkat nasional.
Turut berlangsung ialah Sesi Perkongsian Ilmu oleh Bahagian Arkib Universiti, Universiti Malaya selaku tuan rumah kali ini dan Zheng He Cultural Corner oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menampilkan amalan terbaik, pengalaman serta pendekatan inovatif dalam pengurusan arkib. Perkongsian ini membuka ruang pertukaran idea, memperluas jaringan profesional dan memperkukuh budaya kecemerlangan dalam pengurusan rekod serta arkib universiti.
Ts Haji Azizi bin Haji Jantan turut menyantuni Pengarah Eksekutif Perpustakaan Universiti Malaya, Madam Raja Sothi dan berkesempatan melawat Koleksi Jawi dan UM Immersive 120.
Melalui sinergi ini, universiti awam terus berganding bahu membina ekosistem arkib yang lebih mampan, berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran pendigitalan, sekali gus memastikan warisan ilmu, sejarah dan identiti institusi kekal terpelihara untuk generasi akan datang.
Terima kasih Bahagian Arkib Universiti, The University of Malaya Library atas perkongsian dan hospitaliti terbaik kepada semua ahli Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam.