Hari kedua aturcara Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam diteruskan dengan lawatan memberi inspirasi di 3 lokasi Universiti Malaya pada 10 Julai 2026.
Pengalaman menerujakan di Immersive 120 Gallery, sebuah galeri interaktif berteknologi tinggi yang membawa pengunjung mengembara menyusuri 120 tahun kecemerlangan Universiti Malaya.
Melalui gabungan teknologi digital, penceritaan imersif dan pengalaman multimedia, sejarah universiti dihidupkan semula dengan cara yang lebih dinamik, inovatif dan menyentuh emosi.
Seterusnya di Galeri Sultan Nazrin Shah membawa naratif karya seni yang mencerminkan nilai estetika, identiti serta kreativiti yang menjadi nadi kepada perkembangan seni visual negara. Ruang ini menjadi medan apresiasi terhadap bakat, pemikiran dan ekspresi yang merentas generasi.
Muzium Seni Asia membuka jendela kepada kekayaan tamadun Asia melalui koleksi artifak, tekstil, seramik dan warisan budaya yang merentasi ribuan tahun, sekali gus memperlihatkan peranan Universiti Malaya sebagai pemelihara khazanah ilmu dan peradaban.
Setiap ruang bukan sekadar mempamerkan koleksi, malah menjadi wadah yang menghubungkan warisan dengan masa hadapan, membuktikan bahawa sejarah yang dipelihara hari ini merupakan inspirasi untuk membina kecemerlangan generasi akan datang.
Lawatan ke Muzium Seni Asia, Galeri Sultan Nazrin Shah dan Immersive 120 Gallery, Universiti Malaya merupakan sebuah pengalaman yang menghubungkan sejarah, seni, budaya dan inovasi dalam satu perjalanan penuh makna.
Ucapan penghargaan kepada sahabat, Bahagian Arkib Universiti The University of Malaya Library yang menjayakan pengalaman bernilai kepada semua ahli Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam.