Mesyuarat (KFK) Rekod & Arkib Universiti Awam Bil 2/2024

Mesyuarat (KFK) Rekod & Arkib Universiti Awam Bil 2/2024

21 November 2024 | 19 Jamadilawal 1446H

Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod dan Arkib Universiti Awam di Perpustakaan UPSI Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak telah diadakan pada 21 November 2024 dengan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Universiti Awam secara fizikal dan atas talian. Turut serta Encik Ahamad Zuber Mohamed, Pengarah dan pegawai-pegawai dari Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA.

Mesyuarat membincangkan agenda penting berkaitan pengurusan rekod dan arkib di universiti awam serta strategi pemeliharaan bahan arkib, integrasi sistem rekod, dan peningkatan capaian akses kepada maklumat penting.

Pelaksanaan hala tuju akan diperluas untuk memperkukuh kerjasama antara universiti awam dalam pengurusan rekod dan arkib, dengan menekankan kepentingan bahan arkib sebagai sumber rujukan dan warisan universiti yang perlu dijaga rapi.

 

Hubungi Kami

Urusetia KFK Pengurusan Arkib

Perpustakaan Tun Abdul Razak,

Universiti Teknologi MARA,

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia

December 2025
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31