Program Sempena Hari Arkib Sedunia UniSZA

Program Sempena Hari Arkib Sedunia UniSZA

7 Julai 2025 Sempena Sambutan Hari Arkib Sedunia 2025, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Cawangan Negeri Terengganu telah menganjurkan sebuah program Bicara Santai, Dari Rak ke Rekod: Arkib vs Perpustakaan.

Sebanyak 10 buah sekolah dari daerah Kuala Nerus telah sama-sama menjayakan program ini yang berlangsung di Atrium PWB pada hari ini, 7 Julai 2025. Para peserta yang terlibat merupakan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Program Bicara Santai ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Arkib Sedunia 2025 serta memberi pendedahan mengenai fungsi dan kepentingan arkib kepada para pelajar sekolah umumnya serta Pengawas Pusat Sumber khususnya.

Selain bicara santai yang disampaikan oleh Puan Raabiatul Adawiyah binti Mat Tari, Pengarah Negeri, Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu, program ini turut diserikan dengan sesi kuiz dan cabutan bertuah.

Para pelajar turut mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan berkenaan penjilidan dan arkib melalui Pameran Mini yang dibawa khas oleh pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu.

Hubungi Kami

Urusetia KFK Pengurusan Arkib

Perpustakaan Tun Abdul Razak,

Universiti Teknologi MARA,

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia

August 2026
M T W T F S S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31