Bahagian Arkib Universiti telah menganjurkan Siri 1 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM pada 22 Januari 2026 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi dengan tajuk โPengajaran Secara Kolaboratif Pemuliharaan Bahanโ. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dalam aspek pemuliharaan bahan arkib secara sistematik, terancang dan berkesan dalam kalangan warga UiTM.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Nurul Amin Norudin dan Mohd Azmi Samsuri dari Unit Arkib Cawangan Johor. Kedua-dua penceramah berkongsi pengalaman, kepakaran serta amalan terbaik dalam pemuliharaan bahan arkib melalui pendekatan kolaboratif yang mampu memperkukuh pengurusan bahan arkib secara lebih efisien dan berkualiti.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Bahagian Arkib Universiti, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTM serta rakan-rakan Unit Arkib Cawangan dari seluruh sistem UiTM bagi bersama-sama menjayakan program perkongsian ilmu tersebut.
Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuh pengurusan rekod, arkib dan galeri universiti secara berterusan selaras dengan usaha meningkatkan kecemerlangan tadbir urus rekod dan arkib UiTM.





ย