Shah Alam, 13 Mac 2026 (Jumaat) – Program Siri 3 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib & Galeri UiTM telah berjaya dilaksanakan pada jam 10.00 pagi dengan menampilkan topik Archive Tracking System (ATS) sebagai fokus utama.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam memperkukuh amalan pengurusan rekod di Universiti Teknologi MARA (UiTM), selaras dengan keperluan tadbir urus yang cekap dan sistematik. Siri pemantapan ini juga dilihat sebagai platform penting dalam meningkatkan kefahaman warga universiti terhadap penggunaan sistem digital dalam pengurusan arkib.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Azman Bin Mohd Ajis, Pembantu Pustakawan Kanan, yang berkongsi kepakaran serta pengalaman beliau dalam penggunaan sistem ATS. Beliau menerangkan secara terperinci mengenai fungsi sistem tersebut, termasuk kaedah penjejakan rekod, pemantauan pergerakan fail, serta kepentingan sistem dalam memastikan keselamatan dan kebolehcapaian rekod.
Menurut beliau, penggunaan Archive Tracking System (ATS) mampu membantu organisasi mengurangkan risiko kehilangan rekod, meningkatkan kecekapan operasi serta memudahkan proses pengesanan dokumen secara lebih sistematik dan teratur.

