23 Jun 2026 | 10.00 pagi - Bahagian Arkib Universiti telah menganjurkan Siri 4 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri yang bertajuk โPendeskripsian & Metadata Bahan Arkib UiTMโ pada 23 Jun 2026 (Selasa) secara dalam talian. Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran warga UiTM dalam bidang pengurusan rekod, arkib dan galeri selaras dengan keperluan tadbir urus universiti yang berkesan.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Puan Rizana Radwan, Ketua Unit Perkhidmatan Arkib, Bahagian Arkib Universiti dan Puan Siti Salwa A. Rahman, Ketua Seksyen Perkhidmatan Arkib Digital, Unit Pengurusan Arkib, Bahagian Arkib Universiti. Kedua-dua penceramah berkongsi pengetahuan berkaitan prinsip, kaedah dan amalan terbaik dalam proses pendeskripsian bahan arkib serta kepentingan metadata dalam pengurusan dan pemeliharaan bahan arkib digital.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan kepada konsep asas pendeskripsian arkib yang sistematik bagi memastikan bahan arkib dapat dikenal pasti, diakses dan digunakan dengan lebih berkesan. Selain itu, penerangan turut diberikan mengenai peranan metadata sebagai elemen penting dalam meningkatkan kebolehcarian, pengurusan dan pemeliharaan rekod serta bahan arkib dalam persekitaran digital.




