Temuramah Eksklusif Bersama Canselor UTeM, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Seri Negeri

Melaka – 23 Julai 2025
Satu temuramah eksklusif bersama Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, telah diadakan di Seri Negeri, Melaka pada 23 Julai 2025. Program ini dianjurkan oleh Seksyen Memori Korporat dan Galeri (SMKG), Bahagian Khazanah Ilmu (BKI), Perpustakaan Laman Hikmah dengan kerjasama Pejabat Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Alumni (U-ACE). Temuramah ini bertujuan untuk mendokumentasikan sejarah awal penubuhan UTeM serta memperkukuhkan sumber arkib institusi.

Temuramah tersebut menumpukan kepada pemilihan Melaka sebagai lokasi strategik, perancangan awal pembangunan universiti, serta peranan UTeM dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan melahirkan tenaga kerja teknikal mahir. Tun Ali turut mengimbau detik penubuhan universiti serta merakamkan penghargaan terhadap sokongan pelbagai pihak yang menjayakan penubuhan UTeM.

Selain itu, temuramah ini turut memperkukuhkan usaha Perpustakaan Laman Hikmah dalam memelihara memori korporat dan menyediakan rekod sejarah yang sahih untuk rujukan masa hadapan. Inisiatif ini sejajar dengan komitmen PLH dalam memastikan kesinambungan sejarah, memperkukuhkan hubungan dengan alumni, serta menyediakan sumber rujukan yang bernilai kepada warga
universiti dan masyarakat.

#kfkarkib #perpustakaanlamanhikmah
#lamanhikmah #sejarahlisan #canselorutem

 

Hubungi Kami

Urusetia KFK Pengurusan Arkib

Perpustakaan Tun Abdul Razak,

Universiti Teknologi MARA,

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia

September 2026
M T W T F S S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30