Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

8 Ogos 2022 - Sesi Orientasi Staf Lantikan Baharu Dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Di Jabatan Arkib Universiti

PEMAKLUMAN SESI ORIENTASI BAGI STAF LANTIKAN BAHARU PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) DI JABATAN ARKIB UNIVERSITI

HARI : ISNIN - KHAMIS
TEMPOH LAWATAN : 8 OGOS 2022 - 11 OGOS 2022
KEHADIRAN : DUA ORANG STAF BAHARU PTAR
TEMPAT : SEKITAR JABATAN ARKIB UNIVERSITI UiTM

Bermula 8hb Ogos 2022 Hingga 11hb Ogos 2022,
Pihak Jabatan Arkib Universiti UiTM (JAU) Telah Menerima Kehadiran Dua Orang Staf Baharu Lantikan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Bagi Melengkapi Sesi Orientasi Mereka Ke Setiap Jabatan Di Bawah Pentadbiran Dan Pengurusan PTAR

Staf Baharu Yang Dimaksudkan Ini Adalah Encik Muhammad Amirul Bin Mohd Desa Dan Encik Muhammad Hazhar Bin Abd Aziz.
Masing - Masing Telah Dilantik Sebagai Pembantu Pustakawan Gred S19 Berkuatkuasa 1hb Ogos 2022 Dimana Tarikh Mereka
Melaporkan Diri.

Berikut Disertakan Penerangan Ringkas Berkaitan Modul Program Yang Akan Dijalani Oleh Staf Terbaharu Terbabit:

1) Taklimat Mengenai Jabatan
2) Taklimat Dan Penerangan Mengenai Perkhidmatan Dan Promosi Jabatan Arkib Universiti
3) Proses Penerimaan Dan Daftar Fail Rekod Penting Menggunakan Sistem AMS
4) Muat Naik Bahan Ke Dalam Sistem e-Gallery UiTM
5) Lawatan Ke Galeri Tun Abdul Razak
6) Proses Pemuliharaan Bahan.
7) Penyimpanan Dan Pemeliharaan Rekod Penting
8) Penyimpanan Gambar, Fail Am, Fail Peribadi Dan Bahan-Bahan Lain.

Pihak Jabatan Amat Mengalu-Alukan Kehadiran Kedua-Dua Orang Staf Baharu Ini Dan Akan Membantu Sebaik Mungkin
Dalam Pemberian Penerangan Yang Diperlukan Sehingga Tempoh Sesi Orientasi Di Jabatan Arkib Ini Berakhir.

 

Disertakan Gambar Sekitar Sesi Orientasi :-

Isnin , 8 Ogos 2022

 

Related Articles