Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

12 September 2022 - Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan UiTM Ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Dan Kampus Kuala Pilah

LAWATAN KERJA KETUA PUSTAKAWAN UiTM KE PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS SEREMBAN DAN KAMPUS KUALA PILAH

Tarikh  : 12 September 2022


Lokasi :  * Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban (Sesi Pagi)

               * Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah (Sesi Petang)

 

Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU), Encik Ahmad Amiri Mohamad Telah Mengiringi Ketua Pustakawan PTAR, Encik Jamaluddin Haji Sulaiman Dalam Sesi Lawatan Kerja Ke PTAR Cawangan Negeri Sembilan.


Hari Ini,Mereka Telah Dijadualkan Melawat Dua PTAR Kampus Cawangan Negeri Sembilan, Iaitu Kampus Seremban Bagi Sesi Pagi Dan Kampus Kuala Pilah Pada Sesi Petangnya.

Pada Sesi Pagi Di PTAR Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban, Kehadiran Mereka Telah Disambut Oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Negeri Sembilan, Puan Jamilah Md. Yusoff Dan Staf Perpustakaan Yang lain.

Sesi Lawatan Bermula Dengan Ucapan Kata - Kata Aluan Dan Pembentangan Pencapaian PTAR Cawangan Negeri Daripada Puan Jamilah Md. Yusoff Dan Disertai Oleh Sesi Dua Hala/Engagement Session Bersama Staf Perpustakaan Di Sana.

Sesi Petang, PTAR Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Merupakan Perpustakaan Kampus Yang Kedua Ditujui Dalam Siri Lawatan Kerja Encik Jamalludin Hj. Sulaiman Dan Encik Ahmad Amiri Mohamad.Turut Serta Mengiringi Mereka Adalah Puan Jamilah Md. Yusoff.


Lawatan Pada Sesi Petang Dimulakan Dengan Sesi Taklimat Berkenaan PTAR Kampus Kuala Pilah Dan Diikuti Dengan Sesi Dua Hala/Engagement Session Bersama Staff Perpustakaan Kampus Tersebut.

Antara Agenda Utama Lawatan Oleh Ketua Pustakawan Ke PTAR Kampus Seremban kali ini Adalah Membincangkan Perkara - Perkara Yang Berkaitan Dengan Perpustakaan.Ini Adalah Termasuk Hal Ehwal Staf,Perjawatan Dan Pengurusan Peruntukan Yang Diuruskan Pihak Perpustakaan. Disamping Itu Juga Terdapat Beberapa Isu Berkaitan Unit Arkib Cawangan Juga Telah Dibincangkan.

Pada Akhir Kedua-Dua Sesi Lawatan Ke PTAR Kampus Tersebut, Encik Jamaluddin Haji Sulaiman Dan Encik Ahmad Amiri Mohamad Telah Dibawa Melawat Sekitar Kedua-Dua Perpustakaan Kampus Dan Disertai Sesi Bergambar Bersama Staf Perpustakaan.

Berikut Disertakan Gambar Sekitar Lawatan Kerja Tersebut :

 

Gambar Sekitar Lawatan Ke PTAR Kampus Seremban (Sesi Pagi) 

 

 

Gambar Sekitar Lawatan Ke PTAR Kampus Kuala Pilah (Sesi Petang) 

 

 Sumber : Official Facebook Page Ketua-Pustakawan-UiTM

Related Articles