Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

26 September 2022 - Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Selangor Kampus Dengkil Dan Kampus Sungai Buloh


LAWATAN KERJA KETUA PUSTAKAWAN UITM KE PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) CAWANGAN SELANGOR KAMPUS DENGKIL DAN KAMPUS SUNGAI BULOH

Tarikh : 26 September 2022

Lokasi :

* Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Selangor Kampus Dengkil (Sesi Pagi)

* Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh (Sesi Petang)


Ketua Bahagian Pengurusan Arkib,Timbalan Ketua Pustakawan,Encik Norhazlan Nordin Telah Mengiringi Ketua Pustakawan PTAR, Encik Jamaluddin Haji Sulaiman Dalam Sesi Lawatan Kerja Rasmi Ke PTAR Cawangan Selangor.
Hari Ini,Mereka Telah Dijadualkan Melawat Dua PTAR Kampus Cawangan Negeri Selangor, Iaitu Kampus Dengkil Bagi Sesi Pagi Dan Kampus Sungai Buloh Pada Sesi Petangnya.
Pada Sesi Pagi Di PTAR Cawangan Selangor Kampus Dengkil, Kehadiran Mereka Telah Disambut Baik Oleh Cik Nordiana Binti Tukijo, Pustakawan Kanan Dan Puan Fatin Hanisah Binti Ahmmad Rofee, Pustakawan Serta Staf Perpustakaan Yang Lain Di Sana
Sesi Lawatan Dimulakan Dengan Sesi Bergambar Di Arena PTAR Kampus Dengkil Dan Menandatangani Buku Pelawat Serta minum Pagi Bersama-Sama Staf.

Setelah Itu,Sesi Lawatan Ini Telah Diteruskan Dengan Ucapan Kata - Kata Aluan Daripada Cik Nordiana Tukijo Beserta Pembentangan Pencapaian Pembangunan Dan Perkhidmatan PTAR Kampus Dengkil.

Tidak ketinggalan Juga, Encik Jamaluddin Haji Sulaiman Dan Encik Norhazlan Nordin Turut Menyertai Sesi Dua Hala/Engagement Session Bersama Staf Perpustakaan Di Sana Sebelum Bertolak Ke Destinasi Lawatan Seterusnya.
Pada Sesi Petangnya, PTAR Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh Merupakan Perpustakaan Kampus Yang Kedua Ditujui Dalam Siri Lawatan Kerja Rasmi Selama Encik Jamalludin Haji Sulaiman Dan Encik Norhazlan Nordin.Ketibaan Mereka Berdua Telah
Disambut oleh Encik Shahrani Bin Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pustakawan Dan Staf Perpustakaan Yang Lain.
Lawatan Pada Sesi Petang Ini Dimulakan Dengan Menandatangani Buku Pelawat.Kemudian, Mereka Telah Di Bawa Ke Bilik Mesyuarat Aras 2 Perpustakaan Bagi Pendengaran Kata - Kata  Aluan Daripada Encik Shahrani Bin Abdul Manaf Dan Pembentangan Pencapaian Pembangunan Dan Perkhidmatan Di PTAR Kampus Sungai Buloh.

Dalam Sesi Pada Petang Ini Juga, Encik Jamaluddin Haji Sulaiman Dan Encik Norhazlan Nordin Turut Berpeluang Menyertai Sesi Dua Hala/Engagement Session Bersama Staf Perpustakaan Di Sana.

Setelah Selesai Sesi Dua Hala Tersebut, Mereka Berdua Telah Dibawa Melawat sekitar PTAR Kampus Tersebut Dan Sesi Bergambar Kenangan Bersama Staf Perpustakaan Disana.

Berikut Disertakan Gambar Sekitar Lawatan Kerja Tersebut :

Gambar Sekitar Lawatan Di PTAR Kampus Dengkil

 

 

 

Gambar Sekitar Lawatan Di PTAR Kampus Sungai Buloh

 

Related Articles