Image
Portal yang dibangunkan bagi melancarkan proses pendaftaran, semakan dan kemaskini senarai pelantikan pengurus rekod pusat tanggungjawab (PTj) bagi seluruh sistem UiTM. Senarai pelantikan pengurus rekod ini terdiri daripada Pegawai Pengelas Semula, Pegawai Pengelas, Pendaftar Rahsia, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ).

PPRU boleh diakses secara atas talian oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) di setiap PTj bagi mempercepatkan proses permohonan dan semakan ke Bahagian Arkib Universiti (BARU) atau Unit Arkib Cawangan (UAC).

PPRU ini telah dibangunkan menggunakan kepakaran staf dalaman hasil kerjasama di antara Bahagian Arkib Universiti (BARU) dan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

PPRU ini telah dibangunkan menggunakan kepakaran staf dalaman hasil kerjasama