Pada 21 November 2024, Ahli Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod dan Arkib Universiti Awam telah menyertai sesi lawatan sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai kesinambungan program Taklimat Pengurusan Permuziuman dan Galeri dan Taklimat Pengurusan Koleksi Khas & Arkib UPSI.
Lawatan dimulakan di Perpustakaan Tuanku Bainun dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, di mana ahli jawatankuasa diberi peluang untuk melihat secara dekat kemudahan, pengurusan koleksi khas.
Sesi diteruskan dengan lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional dan Rumah Za’ba pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Lawatan ini memberi pendedahan tentang sejarah pendidikan negara serta sumbangan tokoh Za’ba dalam pembangunan pemikiran dan bahasa Melayu.



