Pengurusan rekod dan arkib merupakan satu bidang pengurusan yang bertangung jawab bagi mengadakan kawalan secara efisyen dan sistematik ke atas pewujudan, penyenggaraan dan pelupusan rekod. Kawalan ini termasuklah penawanan bukti dan maklumat mengenai aktiviti dan transaksi universiti.
Pengurusan Rekod dan Arkib di Universiti Awam (UA) telah dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Pendaftar atau Perpustakaan, perkara ini adalah tertakluk kepada punca kuasa penanggungjawab di peringkat pengurusan Universiti Awam.
Atas inisiatif ini, Jawatankuasa Ketua Pustakawan UA (JKPUA) telah bersetuju dengan cadangan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM bagi menubuhkan Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib di peringkat Universiti Awam bermula pada 1 Januari 2020. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM.