๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‹๐ข๐ฌ๐š๐ง: ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š ๐๐ž๐ง๐๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐”๐๐Œ

Serdang, 10 Julai 2025 โ€“ Seramai 15 orang staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menyertai Bengkel Sejarah Lisan: Mendokumentasikan Pengalaman dan Kisah yang berlangsung di Auditorium Lukut 1, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dianjurkan oleh Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, PSAS sebagai salah satu inisiatif memperkukuh usaha pendokumentasian sejarah lisan institusi.
ย 
Bengkel yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini dikendalikan oleh Encik Jafalizan Bin Md Jali, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, yang berpengalaman luas dalam bidang sejarah lisan.
ย 
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta berkaitan metodologi sejarah lisan, teknik temu bual, etika pendokumentasian, serta penggunaan peralatan rakaman bagi tujuan merekod dan memelihara naratif sejarah dari sumber primer.
ย 
Bengkel ini memainkan peranan penting dalam mempersiapkan kakitangan perpustakaan sebagai pemudah cara kepada usaha sistematik mendokumentasikan kisah-kisah warga UPM yang menyumbang kepada pembangunan institusi sejak penubuhan awal sebagai Sekolah Pertanian pada tahun 1931.
ย 
Penganjuran bengkel ini juga bertepatan dengan tema sambutan Hari Arkib Antarabangsa peringkat universiti tahun ini, โ€œ94 Tahun UPM: Menghargai Sejarah, Merencana Masa Depan,โ€ yang menyeru warga UPM agar menghargai warisan sejarah sambil merancang masa depan yang lebih tersusun dan bermakna.
ย 
Impak langsung daripada program ini ialah pewujudan pasukan kerja terlatih yang akan melaksanakan projek sejarah lisan UPM, seterusnya menambah koleksi arkib institusi dengan rakaman cerita, pengalaman dan memori tokoh-tokoh penting serta kakitangan terdahulu yang mungkin tidak didokumentasi secara konvensional sebelum ini.
Dengan adanya bengkel seperti ini, PSAS akan terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menggalas tanggungjawab memelihara memori institusi dan memperkasa budaya dokumentasi sebagai asas kepada pembinaan identiti universiti dan rujukan masa hadapan.

Majlis Penutupan Hari Arkib Antarabangsa UPM 2025: Raikan Warisan dan Peranan Institusi

Serdang, 11 Julai 2025 โ€“ Majlis Penutupan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh bermakna pada hari Jumaat, 11 Julai 2025 bertempat di Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS).
ย 
Majlis ini merupakan acara kemuncak sempena sambutan 94 Tahun UPM: Menghargai Sejarah, Merencana Masa Depan, yang diadakan bagi memperingati kepentingan pengurusan arkib dan memori institusi sebagai asas kepada pembinaan identiti universiti dan hala tuju masa hadapan.
ย 
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan, Universiti Putra Malaysia, yang mewakili YBhg. Datoโ€™ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pengurusan arkib dalam menyokong pencapaian strategik universiti serta memelihara nilai sejarah yang menjadi teras penubuhan dan perkembangan UPM sejak tahun 1931.
ย 
Majlis turut diserikan dengan Ucapatama oleh Dato' Dr. Idris Bin Abdol, mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang pernah berkhidmat dari 16 Jun 2000 hingga 31 Januari 2003. Dalam ucapan beliau, Datoโ€™ Dr. Idris mengimbau pengalaman ketika menerajui pentadbiran di UPM serta menekankan peri pentingnya mendokumentasi sejarah pengalaman warga universiti sebagai warisan generasi akan datang.
ย 
Sepanjang minggu sambutan, pelbagai program telah dijalankan termasuk bengkel pelupusan rekod, bengkel sejarah lisan, kempen derma koleksi, bengkel DIY diary dan Kuiz Sejarah UPM yang melibatkan penyertaan staf serta pelajar UPM. Program ini turut memupuk kesedaran warga kampus terhadap kepentingan pemeliharaan bahan arkib dan peranan institusi perpustakaan dalam melestarikan ingatan kolektif universiti.
ย 
Salah satu detik istimewa dalam majlis ini ialah penyampaian sijil penghargaan kepada penyumbang bahan arkib dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM yang telah menyahut Kempen Derma Bahan Arkib. Antara Pusat Tanggungjawab yang telah memberi sumbangan bahan Arkib adalah; Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Pusat Islam UPM, Pusat Pertanian Putra, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Pusat Perhubungan Alumni
ย 
Tahniah turut diucapkan kepada Goh Yoong Qing dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar atas kejayaan muncul sebagai Juara Kuiz Sejarah UPM.
ย 
Penganjuran sambutan Hari Arkib ini adalah inisiatif Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, PSAS, yang terus komited dalam memperkasa pengurusan rekod dan dokumentasi institusi sebagai tonggak kepada tadbir urus yang telus dan berintegriti, selaras dengan aspirasi UPM untuk menjadi universiti bertaraf dunia.
ย 

Hubungi Kami

Urusetia KFK Pengurusan Arkib

Perpustakaan Tun Abdul Razak,

Universiti Teknologi MARA,

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia

January 2026
M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31