Serdang, 8 Julai 2025 โ Bengkel Prosedur Pelupusan Rekod PTJ anjuran Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Julai 2025 bertempat di Bilik Malawati, PSAS.
ย
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai rekod dan urus setia pelupusan rekod di Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM berkaitan prosedur pelupusan rekod awam berdasarkan tatacara yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan peraturan universiti.
ย
Fasilitator bagi bengkel ini ialah Encik Muizzudin Kaspol (Ketua, Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, PSAS) yang berkongsi pengalaman dalam pengurusan rekod serta memberi pendedahan praktikal berkaitan penyediaan senarai pemusnahan rekod, semakan nilai arkib, dan proses permohonan kelulusan pelupusan kepada pihak berkuasa berwibawa.
ย
Bengkel ini disertai seramai 37 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini turut menyediakan sesi soal jawab, konsultasi bagi membantu PTJ mengenal pasti rekod-rekod yang telah luput tempoh simpanan dan layak untuk diproses pelupusannya mengikut keperluan perundangan. Bengkel ini diakhiri dengan sesi kuiz kahoot bagi menguji tahap kefahaman para peserta
ย
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2025 peringkat universiti dengan tema โ94 Tahun UPM: Menghargai Sejarah, Merencana Masa Depanโ, yang bertujuan memartabatkan pengurusan memori institusi melalui penjagaan, pelupusan dan pendigitalan rekod secara sistematik.


