Bengkel Pemantapan Kompetensi Pengurus Rekod UiTM

Bahagian Arkib Universiti UiTM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kompetensi Pengurus Rekod UiTM: Penulisan Dokumen Rasmi UiTM pada 6 November 2025 bertujuan memperkukuh kemahiran dan kefahaman pengurus rekod UiTM dalam penyediaan serta pengurusan dokumen rasmi yang menepati standard universiti.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad Pengarah Bahagian Arkib Universiti) diikuti pelbagai sesi bimbingan ilmiah yang disampaikan oleh pakar dan Pustakawan berpengalaman.
 
Antara topik yang dikupas ialah pengurusan rekod perundangan, lantikan pengurus rekod jabatan, format penulisan surat rasmi, emel dan memo jabatan yang dikendalikan oleh Puan Azura Mohamad Hashim.

Peluang hari ini juga memberi ruang kepada Unit Perkhidmatan Arkib memperkenalkan pembangunan Repositori Memori UiTM dan Repositori Dokumen Universiti (RDU) kepada peserta yang mewakili Pusat Tanggungjawab UiTM. 

Sesi petang diteruskan dengan perkongsian mengenai klasifikasi fail dalam sistem DDMS 2.0 dan pelupusan rekod awam yang dikendalikan oleh Cik Noor Syafika Zulkifli.

Penganjuran bengkel ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek teknikal dalam pengurusan rekod, malah memperkukuh kefahaman terhadap kepentingan penyediaan dokumen rasmi yang berkualiti dan berintegriti dalam perkhidmatan UiTM.

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my