Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pengenalan

Bahagian Arkib Universiti (BARU) pertama kali ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar dan dikenali sebagai Unit Arkib. Fungsi dan peranan unit tersebut telah diperbaharui dan diperkukuhkan untuk meningkatkan pengurusan rekod di ITM/UiTM mengikut keperluan semasa.

Pada 1 Jun 2015, Bahagian Arkib Dan Muzium (BAM) yang pada masa itu masih di bawah naungan Pejabat Pendaftar telah diserahkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) No. 06/2015 bertarikh 10 Jun 2015.