Siri 4 Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib Dan Galeri UiTM

Bahagian Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam telah menganjurkan Taklimat Siri 4: Pemantapan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri UiTM yang menampilkan tajuk “Pengurusan Rekod Universiti: Pelupusan Rekod Awam dan Rekod Kewangan dan Perakaunan UiTM.”

Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Bahagian Arkib Universiti, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTM, serta rakan-rakan Unit Arkib Cawangan dari seluruh UiTM.

Diharapkan perkongsian ini dapat memperkukuh kefahaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan pelupusan rekod awam, kewangan dan perakaunan di seluruh universiti, sejajar dengan pematuhan kepada peraturan Arkib Negara Malaysia dan dasar pengurusan rekod UiTM.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my