Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

13 - 14 Disember 2023 : Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Siri 2/2023

BENGKEL PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD (PTBR) UiTM Siri 2/2023

Tarikh   : 13 - 14 Disember 2023 (Rabu - Khamis)

Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Institut Latihan dan Kepimpinan (ILD)

              Bandar Enstek

              Negeri Sembilan

Jabatan Arkib Universiti UiTM Telah Menganjurkan Satu Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod UiTM Siri 2/2023 Dengan Kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) Pada 13 & 14 Disember 2023 yang Bertempat Di ILD Bandar Enstek,Negeri Sembilan.
 
Bengkel Yang Kali Kedua Dianjurkan Ini Akan Berlangsung Selama Dua Hari Ini Mengkhususkan Kehadiran Peserta Yang Terdiri Daripada Staf PTJ UiTM Cawangan.
Antara Tujuan Utama Bengkel Ini Adalah Bagi Memberi Pendedahan Dan Penerangan Berkaitan Tindakan Yang Perlu Diambil Bagi Menguruskan Rekod-Rekod Sekiranya Ditimpa Bencana Alam Seterusnya Membangunkan PTBR Untuk UiTM.
 
Setelah Diberikan Taklimat Dan Penerangan, Para Peserta Bengkel Juga Diberi Tugasan Berkumpulan Berdasarkan Bahagian-Bahagian Dalam Modul PTBR Dan Seterusnya Membuat Pembentangan Pada Hari Kedua Bengkel Tersebut Berlangsung.
 
Disertakan Maklumat Ringkas Penceramah Jemputan :
1) Mohamad Asyek Bin Che Yaacob
    Pegawai Arkib
    Seksyen Konsultansi Dan Latihan
    Arkib Negara Malaysia
2) Puan Norhafizah Binti Mamat @ Razali
    Pegawai Arkib
    Seksyen Konsultansi Dan Latihan
    Arkib Negara Malaysia
Turut Disertakan Gambar Sekitar Pelaksanaan Bengkel : 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles