GTAR News Feed

Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) merupakan sebuah Galeri UiTM yang dirasmikan pada 10 November 2006. GTAR mempamerkan koleksi UiTM untuk tatapan pelawat dalam dan luar. Search GTAR di #https://gtaruitm.blogspot.com/ #https://gtar.uitm.edu.my/ #https://www.facebook.com/uitmgtar #https://twitter.com/gtaruitm

  1. Pada 23 Ogos 2019, satu lagi sejarah terlakar apabila Pasukan UiTM EcoPhoton telah melancarkan kereta solar ketiga yang diberi nama Tigris. Kereta ini dilancarkan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal; Prof. Ir. Dr. Hj. Mohammad Azmi Ayub, Timbalan Dekan HEP; Prof. Madya Dr. M. Azman Yahaya, Timbalan Dekan ICAN; Prof Madya Dr. M. Hussain Ismail, Penasihat Utama; Ir. Ts. Dr. Azli Abd Razak, serta wakil-wakil penaja projek kereta solar ini. 

    Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Pasukan Lumba Solar UiTM EcoPhoton daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menyasarkan untuk membangunkan kenderaan solar elektrik berefisien tinggi untuk bersaing dengan pasukan antarabangsa lain di acara dwitahunan Bridgestone World Solar Challenge. 

    Penaja utama program ini bermula daripada generasi pertama pada tahun 2014 hingga 2015 dengan sokongan Proton Berhad. Seterusnya, generasi kedua pada tahun 2016 hingga 2017 menyaksikan penglibatan lebih meluas daripada UiTM Holdings, Ranhill, Malakoff, Pekerma, Altair, Proton Berhad, Exedy, Zack Composites, Yayasan Sultan Ibrahim dan Jakel. Pada generasi ketiga, iaitu tahun 2018 hingga 2019, penajaan diteruskan oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Serba Dinamik, Bridgestone Malaysia, Permintex, Carbon Tech Global, Kacey Legacy dan Mitsuba Motors. Kesinambungan sokongan daripada pelbagai syarikat ini mencerminkan komitmen kukuh industri terhadap pembangunan pendidikan, inovasi dan generasi muda negara.

    UiTM EcoPhoton bertanding pertama kali pada cabaran ini sejak 2015. Pasukan ini kekal sebagai wakil tunggal Malaysia dalam perlumbaan tersohor dunia itu sebanyak tiga kali berturut-turut. Perlumbaan merentas pedalaman Australia dari Darwin ke Adelaide sejauh 3,021 km memerlukan pasukan untuk membina kereta solar. 

    Pada edisi terbaru Bridgestone World Solar Challenge pada tahun 2019, kereta solar dinamakan "Tigris" adalah kereta solar paling ringan dan paling efisien di seluruh Asia Tenggara.

    Panel solar yang dipasang ke kereta solar dibuat khusus menggunakan mesin dibangunkan sendiri oleh pasukan dan ia menggunakan sel solar mono-kristal dengan efisien tertinggi, mampu mencapai efisien setinggi 24%. Pek bateri juga dibangunkan secara dalaman menggunakan bateri Lithium-Ion dengan rintangan dalaman terendah bersama Battery Monitoring System terkini yang membolehkan bateri beroperasi dengan selamat dalam keadaan ekstrem. 

    Warga UiTM dan komuniti setempat boleh melihat sendiri kereta ini  di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), yang dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang. 

    Info lanjut mengenai pasukan ini boleh didapati melalui pautan https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/acara/pasukan-lumba-kereta-solar-uitm-ecophoton 



  2.  21 OGOS 2025 | 27 Safar 1557H

    Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan Professor Dr. Chung Yen Kuo dari National Cheng Kung University, Taiwan, Republic of China. Kunjungan ini merupakan salah satu slot dalam program Lawatan Pemeriksa Luar tahun 2025. Beliau turut diiringi staf Fakulti Alam Bina dan Pn Hanani dari PTAR Alam Bina, UiTM. 

    Profesor Dr. Chung‑Yen Kuo ialah seorang ahli akademik terkemuka dari Jabatan Geomatik, National Cheng Kung University. Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Geodetik daripada Ohio State University pada tahun 2005. Sejak tahun 2006, beliau telah memulakan kerjayanya di NCKU, bermula sebagai pensyarah kanan (Assistant Professor), kemudian naik pangkat kepada profesor bersekutu (Associate Professor) pada 2011, dan kini menyandang jawatan Profesor sepenuh masa dalam bidang Geomatik . Beliau terkenal dengan sumbangan penyelidikan dalam geodesi dan perubahan paras laut (sea level change), serta peneraju pelbagai projek penyelidikan antaranya memantau perubahan paras laut dan pergerakan permukaan di rantau barat daya Taiwan. Selain itu, beliau turut memimpin penyelidikan menggunakan teknologi GNSS dan teknik geodetik untuk memahami impak perubahan iklim terhadap bentuk muka bumi dan sistem air laut, selari dengan usaha pembangunan lestari (SDGs) di peringkat global.









    Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.


     #uitm

     #perpustakaanuitm

     #GaleriTunAbdulRazak

     #GTAR


  3.  18 OGOS 2025M | 24 Safar 1447H



    Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah mengadakan sesi lawatan tapak ke Galeri HASA, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, bertujuan untuk konsultasi dan perbincangan lanjut mengenai pelaksanaan operasi di premis Galeri antara BARU dan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah.


    Sebelumnya dikenali sebagai Hospital UiTM Puncak Alam, hospital ini dibuka secara berperingkat sejak 5 April 2021, sebelum dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Raja Permaisuri Agong dan Sultan Selangor pada 23 Julai 2022. Hospital ini menawarkan perkhidmatan klinikal dan perkhidmatan Pakar. Sejak dibuka, Hospital ini menerima pelbagai pencapaian membanggakan antaranya pensijilan penuh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Hospital Rakan Bayi, Hospital Mesra Ibadah (HMI) dan pelbagai pencapaian lain. 








    Sesi lawatan tapak berlangsung pada 18 Ogos 2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, HASA diketuai, Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad (Pengarah Bahagian Arkib Universiti), Puan Siti Salwa Binti Ab.Rahman (Pustakawan Kanan), Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili (Penolong Pendaftar Kanan) dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan (Pembantu Pustakawan Kanan) serta wakil dari Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah, Puan Noor Azlin Binti Abdullah, (Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)), Fasihah Binti Abdul Wahab (Kerani), dan Maizatul Akmal Binti Sidik (Kerani).


    #uitm 

    #perpustakaanuitm

    #GaleriTunAbdulRazak

    #GTAR


  4.  


    11 OGOS 2025M | 17 Safar 1447H

    Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan 15 orang mahasiswa dari Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Mereka teruja melihat koleksi dan pengkisahan sejarah yang dipaparkan di galeri ini, terutamanya koleksi jubah konvokesyen dan pencapaian UiTM di peringkat tempatan dan  antarabangsa. 




    Universiti Gadjah Mada (UGM) merupakan salah satu universiti awam tertua dan terbesar di Indonesia, terletak di Yogyakarta. Ditubuhkan pada 19 Disember 1949, institusi ini menjadi simbol kebangkitan pendidikan tinggi Indonesia selepas kemerdekaan pada 1945. Mempunyai 18 fakulti, sebuah sekolah vokasional dan sebuah sekolah pascasiswazah, UGM juga terkenal dengan aktiviti penyelidikan dan kerjasama antarabangsa termasuk dengan UiTM.





    Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.


    #uitm

    #perpustakaanuitm

    #GaleriTunAbdulRazak

    #GTAR

  5.  


    06 Ogos 2025 | 12 Safar 1447H - Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan delegasi dari Perpustakaan Negara Malaysia. Kunjungan mereka adalah sebahagian daripada slot dalam program Kursus Reka Bentuk Kandungan Digital Interaktif Untuk Perpustakaan yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada 5-7 Ogos 2025.

    Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah institusi penting yang bertanggungjawab memelihara warisan intelek negara. Ditubuhkan pada tahun 1956, peranannya termasuk mengumpul dan mendokumentasikan semua bahan penerbitan yang diterbitkan di Malaysia, seperti buku, majalah, dan manuskrip, menjadikannya repositori utama ilmu pengetahuan negara. Selain itu, PNM juga menyediakan pelbagai perkhidmatan perpustakaan kepada umum, termasuk peminjaman buku, rujukan, dan kemudahan penyelidikan.

    Institusi ini juga aktif dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti pameran buku dan bengkel. Bangunan utamanya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur menjadi pusat rujukan yang dilengkapi dengan kemudahan moden. Melalui usaha berterusan, Perpustakaan Negara Malaysia berperanan sebagai nadi ilmu pengetahuan dan pusat rujukan yang signifikan dalam pembangunan pendidikan dan budaya di Malaysia.











    Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.

    #uitm

    #perpustakaanuitm

    #GaleriTunAbdulRazak

    #GTAR


Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my