Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

14 Februari 2024 : LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN DAR AL-HIKMAH, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI (JAU)

LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN DAR AL-HIKMAH, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI (JAU)

 

Tarikh    : 14 Feb 2024 (Rabu)

Masa     : 10 pagi - 1 petang

Lokasi   : Jabatan Arkib Universiti

                Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

                Kompleks Kenanga

                Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 
Jabatan Arkib Universiti Baru - Baru Ini Telah Menerima Kehadiran Delegasi Dari PERPUSTAKAAN DAR AL-HIKMAH, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) Bagi Lawatan Penandaarasan Pada 14 Februari 2024 Yang Lalu.
Kehadiran Para Pelawat Ini Yang Diketuai Oleh Puan Yusrina Binti Abu Bakar, Ketua Pustakawan Dari Perpustakaan Dar - Al Hikmah, UIAM Ini Telah Disambut Dan Diraikan Oleh Pihak Pengurusan PTAR Dan JAU Yang Diketuai Oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan).
 
Antara Tujuan Utama Lawatan Penandaarasan Ini Adalah Bagi Memperolehi Pendedahan Mengenai Amalan Dan Proses Kerja Pembaikian dan Penjilidan Buku (Book Repair and Binding) Yang Dijalankan Di JAU.
 
Sehubungan Itu, Satu Sesi Taklimat Jabatan Dan Disusuli Dengan Demonstrasi Ringkas Mengenai Proses Penjilidan Buku Telah Dilaksanakan.
 
Para Pelawat Turut Telah Dibawa Melawat Ke Sekitar Bangunan JAU, Dimana Penerangan Ringkas Telah Diberikan Oleh Staf JAU Mengenai Gedung-Gedung, Bilik Audio Visual,Bilik Fail, Bilik Pendigitalan, Bilik Penerimaan Bahan, Ruang Penyelidikan Dan Juga Ruang Pameran Yang Berada Di Bangunan JAU.
 
Sesi Lawatan Penandaarasan Ini Berakhir Dengan Sesi Penyampaian Cenderahati Dan Bergambar Kenangan Kira-Kira Pukul Satu Tengahari.
 
Disertakan Gambar Sekitar Sesi Lawatan Tersebut Berlangsung :
 
Sumber Laman Facebook Rasmi :  Perpustakaan UiTM 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles