Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

15 Februari 2024 : Lawatan Penandarasan PTAR UiTM Cawangan Melaka Ke Jabatan Arkib Universiti ( JAU)

LAWATAN PENANDAARASAN PTAR UiTM CAWANGAN MELAKA KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI (JAU)

 

Tarikh   : 15 Februari 2024 (Khamis)

Masa    : 10.00 pagi- 5.00 petang

Lokasi  : Jabatan Arkib Universiti

                Perpustakaan Tun Abdul Razak

                Kompleks Kenanga

                Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

 
Jabatan Arkib Universiti Telah Menerima Kehadiran Rombongan Seramai 11 Orang Pelawat Dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Bagi Tujuan Lawatan Penandaarasan Pada 15 Februari 2024.
 
Kehadiran Para Pelawat Ini Yang Diketuai Oleh Encik Norhazlan Bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Telah Disambut Oleh 2 Orang Pegawai Dari Pihak JAU Iaitu Puan Noor Hayati Binti Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan Dan Muhammad Azrul Nizam bin Abdul Rahman, Pustakawan.
 
Sehubungan Itu, Satu Sesi Taklimat Mengenai Jabatan Dan Disusuli Lawatan Sekitar Bangunan Telah Diaturkan Oleh Pihak Pengurusan JAU Dimana, Para Pelawat Telah Dibawa Melawat Ke Sekitar Bangunan JAU Dan Diberi Penerangan Beserta Demonstrasi Oleh Staf JAU Berkaitan Pengurusan Rekod Dan Bahan Arkib (Merangkumi Proses Penerimaan,Pembersihan Dan Penyimpanan) Serta Penjagaan Ruang (Gedung-Gedung, Bilik Audio Visual,Bilik Fail, Bilik Pendigitalan, Bilik Penerimaan Bahan, Ruang Penyelidikan,Ruang Pameran) Yang Berada Di Bangunan JAU.
 
Antara Tujuan Utama Lawatan Penandaarasan Ini Adalah Bagi Memperolehi Pendedahan Mengenai Cara Kerja Serta Amalan Bagi Pengurusan Rekod Dan Bahan Arkib Yang Dilakukan Di JAU.
 
Sesi Lawatan Penandaarasan Ini Berakhir Dengan Sesi Penutup Dan Sesi Bergambar Kenangan Kira-Kira Pukul 5.00 Petang.
 
Semoga Hasil Daripada Kunjungan Ini, Bermanfaat Dan Membantu Dalam Penambahbaikan Dalam Pemantapan Pengurusan Rekod Di UiTM
 
Disertakan Gambar Sekitar Sesi Lawatan Berlangsung :
 
 
 
  
 
 
 
 

Related Articles