Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

15 Januari 2024 : Lawatan Penandarasan Universiti Malaya Ke Jabatan Arkib Universiti

LAWATAN PENANDAARASAN UNIVERSITI MALAYA KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI 

Tarikh  : 15 Jan 2023 (Isnin)

Masa   : 10 pagi- 1 petang

Lokasi : Jabatan Arkib Universiti

               Perpustakaan Tun Abdul Razak

               Kompleks Kenanga

               Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 
Jabatan Arkib Universiti (JAU) Baru - Baru Ini Telah Menerima Kehadiran Delegasi Dari Universiti Malaya (UM) Bagi Lawatan Penandaarasan Pada 15 Januari 2024 Yang Lalu.
 
Antara Tujuan Utama Lawatan Penandaarasan Ini Adalah Bagi Memperolehi Pendedahan Langsung Mengenai Sistem Pengurusan Rekod Dan Arkib Di JAU.
Sehubungan Itu, Satu Sesi Taklimat Telah Dibuat Di Bilik Mesyuarat JAU Oleh Pihak Pengurusan JAU Dan Sejurus Selesai Sesi Pemberian Taklimat, Para Pelawat Telah Dibawa Melawat Ke Sekitar Bangunan JAU.
 
Penerangan Ringkas Juga Turut Diberikan Oleh Staf JAU Mengenai Gedung-Gedung, Bilik Audio Visual,Bilik Fail, Bilik Pendigitalan, Bilik Penerimaan Bahan, Ruang Penyelidikan Dan Juga Ruang Pameran Yang Berada Di Bangunan JAU.
 
Sesi Lawatan Penandaarasan Ini Berakhir Dengan Sesi Penyampaian Cenderahati Dan Bergambar Kenangan Kira-Kira Pukul Satu Tengahari.
 
 
Disertakan Maklumat Ringkas Rombongan Pelawat Tersebut:
 

Bahagian Pengurusan Organisasi & Governan (UM)

(1) Puan Rumiza Binti Ahmad
     Ketua Penolong Pendaftar N48
(2) Puan Norhasliza Binti Abu Hasan
     Penolong Pendaftar Kanan N44

Jabatan Kesarjanaan Digital & Maklumat Semesta (Perpustakaan) (UM)

(1) Puan Zaharah Binti Ramly
     Penolong Ketua Pustakawan S48
(2) Pn. Siti Mawarni Binti Salim
     Pustakawan Kanan S44
(3) Pn Noorsuzila Binti Mohamad
     Pustakawan Kanan S44
 

Jabatan Teknologi Maklumat (UM)

(1) En. Mohd Shukri Hadafi Bin Md Nor
     Pegawai Teknologi Maklumat F48
(2) En. Mohamad Zuhaidi Bin Nahar
     Pegawai Teknologi Maklumat F44
 
 
Turut Disertakan Gambar Sekitar Sesi Lawatan Tersebut Berlangsung :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles