Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

17 - 18 April 2024 : Training of Trainers (TOT) Pengurusan Rekod dan Arkib Kepada Staff Jabatan Arkib Universiti (JAU)

Training of Trainers (TOT) Pengurusan Rekod dan Arkib Kepada Staff Jabatan Arkib Universiti (JAU)

 

Tarikh    : 17-18 April 2024

Masa    : 9.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat JAU

               Kompleks Kenanga

               Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 

Satu Sesi "Training of Trainers" (TOT) Pengurusan Rekod dan Arkib telah diadakan di Bilik Mesyuarat JAU pada 17 sehingga 18 April 2024.

Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai aktiviti utama serta proses kerja yang dijalankan di JAU.
Bagi tujuan tersebut, beberapa orang staf daripada setiap bahagian/unit di JAU telah menyampaikan taklimat dan penerangan berdasarkan pengkhususan masing-masing yang meliputi pengurusan rekod, arkib dan galeri.
Sesi TOT ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad selaku Ketua JAU.
Pihak JAU berharap agar sesi TOT ini dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam bidang Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri kepada seluruh staf JAU.

Disertakan gambar ketika berlangsungnya sesi dua hari tersebut :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles