Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

18 Julai 2023 - Penerimaan Rekod Penting

Penerimaan Rekod Penting Universiti

 

Tarikh : 18 Julai 2023 (Selasa)
 
Masa : 10.30 pagi
 
 

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Fail Peribadi Staf), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UiTM

Jabatan Arkib Universiti telah menerima sebanyak 1300 Fail Peribadi Staf yang telah diserahkan oleh Encik Mohd Nor Hisham bin Yusof @ Ibrahim dari Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, UiTM Shah Alam
Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:
“Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”
Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

Disertakan Gambar Sekitar Proses Penerimaan Bahan Tersebut :

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
See insights and ads
Boost post
 
All reactions:
22
 
 

Related Articles