Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

22 Mac 2024 : Penerimaan Rekod Penting Universiti Daripada Encik Shahrin Ismail

Penerimaan Rekod Penting Universiti Daripada Encik Shahrin Ismail

 

Tarikh : 22 Mac 2024 (Jumaat)

Masa   : 10.00 Pagi

Lokasi : Pusat Sukan

             Universiti Teknologi MARA (UiTM)

             Shah Alam

 

Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah menerima serahan Rekod Penting Universiti iaitu Keratan Akhbar berkaitan UiTM dimana ia akan disimpan sebagai sumber rujukan serta koleksi bahan arkib.
Rekod Penting Universiti ini, telah diserahkan oleh Encik Shahrin Ismail, Pegawai Sukan Kanan dari Pusat Sukan, UiTM Shah Alam.
 
Untuk makluman, hari ini juga merupakan hari terakhir bagi Encik Shahrin Ismail kerana beliau akan bersara wajib. Pihak JAU ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Shahrin Ismail di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan saudara kepada UiTM. Sesungguhnya, pengorbanan yang telah ditaburkan tidak ternilai harganya kepada UiTM khususnya.
 
Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam Bertanggungjawab Bagi Perolehan Rekod Penting Universiti Yang Bernilai Selaras Dengan Dasar Penilaian Dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia Iaitu:
“Memperolehi Rekod Awam Yang Dalam Jagaan Atau Dibawah Kawalan Sesuatu Pejabat Awam, Kepada Jagaan Dan Kawalan Arkib Negara Melalui Proses Pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”
 
Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020.
 
Dasar ini menetapkan prinsip dan teras Pengurusan Rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Universiti Teknologi MARA.
Sehubungan Itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.
 
Disertakan gambar sekitar sesi serahan bahan tersebut berlangsung:
 
 

Related Articles