Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

23 OGOS 2023 - LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN ARKIB, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI (JAU)

Lawatan Kerja Bahagian Pengurusan Arkib, Majlis Agama Islam (MAIS) Ke Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 
Tarikh  : 23 Ogos 2023 (Rabu)
Masa   : 10:00 Pagi
Lokasi  : Bilik Mesyuarat
             Jabatan Arkib Universiti
             Perpustakaan Tun Abdul Razak
             Disertakan Gambar Sekitar Sesi Lawatan Berlangsung :
 
Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR telah menerima satu lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan Arkib, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 23 Ogos 2023 yang lalu.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui dan berkongsi maklumat serta amalan terbaik dalam penyimpanan rekod-rekod penting jabatan di universiti.
 
Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Rohana binti Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan, MAIS dan diharap ia dapat memberikan manfaat kepada para pelawat mengenai pengurusan rekod/fail.
 
Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan / Ketua Jabatan Arkib Universiti) dan staf JAU diatas lawatan ini.
 
~ Sumber Penulisan Artikel Dan Gambar : Laman Muka Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles