Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

28 Februari 2024 : Penerimaan Rekod Terbitan Daripada Encik Mohammad Sufian Bin Abdul Manan

Penerimaan Rekod Terbitan Daripada Encik Mohammad Sufian Bin Abdul Manan

 
Tarikh   : 28 Februari 2024 (Isnin)

Masa    : 11.00 Pagi

Lokasi  : Academy Of Contemporary Islamic Studies (ACIS)

            Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
 
 

Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah menerima serahan Bahan Terbitan yang mengandungi artikel berkaitan UiTM dimana ia akan disimpan sebagai sumber rujukan serta koleksi bahan arkib

 

Bahan Penerbitan Luar Ini, telah diserahkan oleh Encik Mohammad Sufian Bin Abdul Manan, Penolong Pendaftar Kanan dari Academy Of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Shah Alam

 

Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan dasar penilaian dan perolehan rekod awam arkib negara malaysia Iaitu:

 

“Memperolehi Rekod Awam Yang Dalam Jagaan Atau Dibawah Kawalan Sesuatu Pejabat Awam, Kepada Jagaan Dan Kawalan Arkib Negara Melalui Proses Pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”

 

Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020.

 

Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Universiti Teknologi MARA.

 

Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.

 

Disertakan gambar sekitar sesi serahan bahan tersebut :

 

 
 
 
 
 

Related Articles