Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

3 Ogos 2023 - Penerimaan Rekod Penting Universiti (ACIS)

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Bahan Penerbitan), Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)

 

Tarikh   : 3 Ogos 2023 (Khamis)

Masa     : 10.30 pagi

Lokasi  : Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)

Jabatan Arkib Universiti telah menerima rekod penting universiti iaitu bahan penerbitan yang telah diserahkan oleh Encik Mohammad Sufian Bin Abdul Manan dari Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Shah Alam
 
Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu:
 
“Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”
 
Penyerahan Rekod Penting Universiti ini juga terkandung di dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar ini menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM adalah terpakai bagi semua Pusat Tanggungjawab di UiTM.
 
Disertakan Gambar Sekitar Proses Penerimaan Bahan Tersebut :
 
 
 
 

Related Articles