Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

9 Jun 2023 - Sambutan Kemuncak Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM

SAMBUTAN KEMUNCAK HARI ARKIB ANTARABANGSA PERINGKAT UiTM 2023 |

Tarikh :  9 Jun 2023
Masa   : 9.00 am

Lokasi : Jabatan Arkib Universiti

              Perpustakaan Tun Abdul Razak

              Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 

Sambutan kemuncak Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2023 telah berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.

Majlis kemuncak ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Kmuniti & Alumni) YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi (Rektor UiTM Kelantan), YBrs Encik Ahmad Amiri Mohamad (Ketua Jabatan Arkib Universiti/Pengerusi Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2023) dan YBrs Dr. Hajah Zahrah Mokhtar (Mantan Pendaftar UiTM).
Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) dan seterusnya ucapan perasmian dari YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah.
Dalam majlis ini, turut diadakan penyampaian sijil dan hadiah bagi pembentangan poster terbaik dan pembentang terbaik menerusi amalan terbaik di perpustakaan masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada Unit Arkib Cawangan Johor, Cawangan Melaka dan Cawangan Perlis kerana telah berjaya memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Dan tahniah diucapkan kepada pembentang terbaik iaitu Cik Nor Azrina binti Kasim (Unit Arkib Cawangan Perlis).
Bagi penyertaan dari Universiti Awam, tahniah diucapkan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua. Pembentang terbaik dimenangi oleh YM Raja Mariam binti Raja Mohd Esa dari USIM.
Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik 2022 pula telah dimenangi oleh Bahagian Audit Dalam (Pertama), Unit Integriti (Kedua) dan Bahagian Hal Ehwal Islam (Ketiga).

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan lawatan ke pameran-pameran yang telah disediakan untuk para pengunjung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber :Official Facebook Page Ketua Pustakawan UiTM

Untuk Galeri Gambar Selanjutnya, Sila Layari Di Officcial Page Facebook Rasmi kami @Jabatan Arkib Universiti UiTM

 

 

Related Articles